Alhamdulillah… Allah masih beri rezeki yang tak ternilai.

Teringin sangat nak Pergi Haji..!!!

Tapi…ilmu tentang ibadah Haji banyak yang masih tak tahu.
Takut pulak rasanya kalau pergi Haji tapi setakat ikut-ikut orang saja.

Insyaallah ada jalannya...
Jom kita mengaji sebelum pergi haji!

Jom sertai progam Madrasah Haji yang dikendalikan sepenuhnya oleh

USTAZ GHAZALI IBRAHIM (UGI)

Pendakwah & Personaliti TV

Pengasas Madrasah Haji

Ustaz Ghazali Ibrahim mula terlibat di dalam bimbingan dan pengurusan haji pada tahun 2007 apabila dilantik oleh TH Travel & Services, anak Syarikat Lembaga Tabung Haji sebagai Motivator Pakej Haji TH Travel. Tugasan di musim haji ini berterusan selama empat tahun berturut-turut, iaitu tahun 2007, 2008, 2009 sehingga tahun 2010. Di samping mengurus Jemaah haji, beliau juga membimbing dan mengendalikan perjalanan jemaah umrah TH Travel dalam tempoh tersebut mengikut kumpulan-kumpulan yang dijadualkan.

Dari pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi secara langsung dalam mengurus haji dan umrah, Ustaz Ghazali Ibrahim juga menerima jemputan dari pelbagai media tempatan untuk berkongsi ilmu dalam program berkaitan haji dan umrah di beberapa rangkaian TV dan Radio, seperti RTM!, TV3, TV9, TV AlHijrah dan Radio Ikim.fm. Pada tahun 2011 dan 2012 Ustaz Ghazali Ibrahim terlibat dalam rancangan Khabar Haji Astro Oasis.

Selepas menerbitkan buku travelog haji yang berjudul “Kembara Hati Di Tanah Suci”, Ustaz Ghazali Ibrahim banyak mendapat jemputan ceramah motivasi haji di masjid, surau dan organisasi samada secara berkumpulan mahu pun individu yang inginkan bimbingan haji secara personal. Bimbingan ini bukan sahaja di Malaysia, malah merentasi sempadan antarabangsa seperti di Qatar dan Oman untuk memberi bimbingan haji kepada warga Malaysia yang bekerja dan menetap di negara-negara tersebut. Ini semua dilakukan demi memberi inspirasi, bimbingan, penghayatan serta kefahaman dalam perlaksanaan ibadah haji untuk meraih kemabruran yang dicita-citakan.

Ustaz Ghazali Ibrahim banyak memberi  Konsultansi dan mengasaskan beberapa agensi pengendali Umrah & Haji yang sebahagiannya masih aktif beroperasi hingga kini. Ustaz Ghazali juga menerima pelawaan bekerjasama dengan beberapa agensi pengendali haji & umrah. Bahkan pada tahun 2014, Ustaz Ghazali telah membuka agensi pelancongan sendiri yang diberi nama Muhibbin Holiday Sdn Bhd yang menawarkan perkhidmatan umrah dan pelancongan sehingga tahun 2019. Keadaan pandemic Covid 19 memaksa beliau menangguhkan pengendalian perkhidmatan umrah buat sementara waktu. Terbaru pada tahun 2023 beliau telah memimpin serta membimbing lebih 150 orang jemaah Malaysia mengerjakan ibadah haji di Makkah Al Mukarramah. Lantaran dari itu tercetuslah niat dan azam untuk mengasaskan Madrasah Haji ini.

Pengajian Ibadah Haji Di Tanah Air Malaysia

Pengajian Ibadah Haji
(Ilmu & Teori)

Modul / Berkitab

Perjalanan Ibadah Haji Di Tanah Suci Mekah

Perjalanan Ibadah Haji
(Praktikal/Amali)

Makkah – Arafah – Mudzdalifah – Mina – Jamrah
“Haji Itu Wukuf di Arafah”
Ziarah Madinah – Ziarah Lain

"Haji Itu Wukuf Di Arafah"

Kadar Yuran
Madrasah Haji 2025/1446 Hijrah

RM40,000

Bayaran Termasuk :

Pengajian Di Malaysia (Ogos 2024 – April 2025)

Perjalanan Di Tanah Suci (20 – 25 Hari)

Pilihan Cara Bayaran

PILIHAN 1

RM 5,000 bayaran Pertama
  • Baki bayaran dijelaskan secara ansuran selama 7 bulan sebanyak RM5,000 sebulan bermula Julai 2024 hingga Januari 2025

PILIHAN 2

RM 10,000 bayaran Pertama
  • Baki bayaran RM26,000 dijelaskan pada bulan Januari 2025
Diskaun 10%

Borang Pendaftaran
Madrasah Haji 2025/1446 Hijrah

Sila lengkapkan borang pendaftaran di bawah. Pihak kami akan menghubungi tuan/puan semula pada kadar segera untuk tindakan selanjutnya.

Pendaftaran Madrasah Haji 2025/1446 H

Ada Soalan?
Hubungi Kami Sekarang

Copyright © 2025 AKADEMI AL-GHAZALI SDN BHD

Web Design by iamrizal.com